Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :
1. Bulu kening
– Menurut
Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari
(Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
–
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan
: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng
sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangi-wangian
–
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telahdianggap
melakukan zina
Dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal atau kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada
–
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
–
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
– Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
– Asma
binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
nipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8. Tangan
–
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan
dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi
Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
–
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab
Ayat 32.)
Sabda SAW,
Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
–
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan
dari (Surah An Nur Ayat 31).
Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
–
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok
mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn
Majah.)
Petikan
dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. ) Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.
13. Rambut
–
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
*
Bagaimana? Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah
kamu membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika
benar kamu cinta kepada kami, maka tolonglah kami. JAGALAH AURAT MU
0 Comments
Bagaimana Pendapat Anda ?